Latihan-latihan Pergerakan Tangan
Dalam latihan pergerakan tangan,aktiviti seperti menggenggam dan membuka tangan beberapa kali secara berulang-ulang, menggenggam dan menghancurkan atau meronyok sehelai daun atau kertas, mengenggam dan merasa beg yang berisi kekacang dan memegang benda-benda seperti pensel dengan cara yang betul. Latihan-latihan gerak jari dengan memain-mainkan jari, menekan-nekan jari, menggoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan sebagainya., Aktiviti seperti memasang butang baju, menzip seluar dan serta latihan membuka dan mengikat semula tali kasut juga merupakan latihan pergerakan tangan . Latihan menggerakkan jari ini supaya murid-murid bersedia untuk menggunakan jari bagi memegang pensel disamping sebagai latihan penggunaan otot-otot tapak tangan dengan aktiviti membuat bentuk daripada plastisin, tanah liat atau tepung yang dibancuh dengan air.
Latihan Pergerakan Tangan Yang Bebas Untuk Menulis Dengan Sempurna
Aktiviti gerakan tangan secara bebas yang dilakukan oleh murid ini bertujuan supaya murid dapat menulis dengan selesa dan sempurna. Selain itu latihan membentuk garisan lurus, latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan garis lurus boleh dilakukan secara bebas. Latihan melukis gambar-gambar mengandungi garisan lurus dan bulat juga termasuk dalam aspek gerakan tangan secara bebas supaya akhirnya murid dapat menulis dengan lebih sempurna. Aktiviti bagi tangan juga boleh dilakukan melalui aktiviti melukis bentuk bebas menggunakan jari di udara, di meja, di lantai, di rumput, di belakang rakan tanpa menggunakan alat tulis seperti membentuk bulatan dan menulis bentuk-bentuk di atas pasir atau tanah. Aktiviti merasa huruf sebenar dalam bentuk 3D, huruf kertas pasir dan menguntai manik secara bebas turut membantu murid membentuk huruf dengan mudah akhirnya.
No comments:
Post a Comment